Sakit Gastrik Hilang Dengan Produk Shaklee
Gastrik
Apa Gastrik ni sebenarnya?
Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).
Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).
Secara semula jadi, sel perut
kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit
akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah,ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.
Tanda Gastrik
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :
* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)
Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :
* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
Bagaimana Gastrik Terjadi
Secara mudah nya, perut kita ni umpama kipas, berlipat2..sepanjang 25cm dan mampu menampung hampir segelen air dan makanan. Bila perut kosong, tisu perut tadi berlipat2, dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman masuk. Disinilah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh melalui usus. Ketika proses pencernaan berlaku, kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik, enzim dan asid perut utk bantu pencernaan..dan antara asid yang dirembes ialah asid hidroklorik. Asid ni seperti yang kita maklum bersifat menghakis dan jika tidak ada keseimbangan keasidan dalam perut, boleh sebabkan radang yang lebih teruk.
Punca Lain Terjadinya Gastrik
- Peminum arak (arak ni bersifat asid)
- Perokok
- Makan dengan berlebihan
- Makan makanan yang terlalu pedas
- Sering guna ubat penahan sakit (pain killer)
- Jangkitan
- Skipping meals
- Stress
Symptom Pesakit Gastrik
- Tiada selera makan
- Upset Stomach - tidak hadam dengan baik
- Perut memulas - bila makan bertambah sakit
- Muntah-rasa loya
- Cirit birit - najis berwarna hitam
- Lemah, demam
- Kembung perut-sakit dada
- Pedih ulu hati
Cara Merawat dan Menangani Gastrik
Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya:
- Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
- Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
- Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
- Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
- Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
- Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
- Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
Selain itu, terdapat juga individu yang terpaksa bergantung kepada ubat bagi mengurangkan ketidakselesaan masalah gastrik ini. Namun yang demikian, seperti yang kita semua sedia maklum, pengambilan ubat-ubatan secara terus-terusan tidak digalakkan kerana ianya mungkin boleh membawa kepada kemudaratan di lain hari.
Cadangan Supplemen Shaklee untuk Merawat Gastrik
1) Energizing Soy Protein - ESP
ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.
Selain ESP, anda juga mengambil tambahan supplemen Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus untuk merawat masalah gastrik.
Peranan Ostematrix Pada Pesakit Gastrik:
1. Ostematrix adalah supplement kalsium dengan magnesium dan vitamin D
2. Ostematrix membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus
dan menyebabkan pedih ulu hati.
Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sebab tu tak pernah kita lihat bayi dan kanak-kanak yang banyak minum susu tak de sakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat dari ubat kapur hospital yang sintetik tu.
Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.
Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
Jom sama-sama kita cuba Shaklee produk, Alhamdulillah ianya suplement yang terbaik buat anda. Terbaik dan selamat...
***********************************************************
* DISCLAIMER:
These statements have not been evaluated by the Food and Drug
Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or
prevent any disease.
Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di Puncak Alam, Shah Alam 2, Sungai Buloh dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan
khidmat kurier ke seluruh Malaysia. Hubungi kami di naiey08[@]yahoo.com, atau SMS/WhatsApp ke 019-451 1649 (Naizatul).
Jom LIKE FanPage
Vitamin Terbaik Teratakniagaku untuk
mengetahui Promosi Shaklee serta TIPS kesihatan terkini!
Sihat Bervitamin