Kisah Meal Shake..tetiba rasa ingin ku kongsikan sesuatu buat pembaca...saya memang gagal bab tulis menulis ni..maaf kalau ayat tunggang langgang..hehehe..memang tak pandai karang cerita. Tapi hati rasa ingin sama2 berkongsi tentang kebaikan Meal Shake..terutama buat anak-anak kita. Saya dikurniakan Allah dengan 2 anak-anak comel. Auni 7 tahun dan Ahmad 4 tahun.
Sejak umur 1 tahun lebih, anak kedua saya Ahmad selalu demam2, selsema, batuk2 dan 2 bulan sekali masuk wad. Time ni saya masih bekerja sebagai Grafik Designer. Setiap kali cuti pasti gaji ditolak, apapun demi anak2 saya sanggup hilang wang ringgit. Anak saya tinggal di nursery sepanjang saya bekerja. Jadi mmg senang la dijangkiti sakit2 ni. Sebagai ibu, saya ingin memastikan yang terbaik buat anak2. Jadi jodoh saya ditemukan dengan upline a.k.a mommy shaklee saya, Tuty Rahiza. Saya mula diperkenalkan dengan Meal Shake. Alhamdulillah, asbab dari Meal Shake anak2 saya sudah mula kurang alami sakit2. Saya juga telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga anak2 sendiri.
Syukur alhamdulillah sejak itu juga anak2 saya mula berselera, sihat dan cergas. Setiap hari meal shake pastinya menjadi menu utama untuk anak2. Anak-anak aktif, bijak dan cergas..itu adalah hadiah yang sangat2 berharga dr Allah buat kami.
Selain minum meal shake; saya juga bagi anak-anak Omega Guard dan Vitamin C Chew. Ingatannya terserlah apabila Auni mudah untuk menghafaz Al-Quran dan bacaan-bacaan dalam solat. Selain itu , Auni juga boleh mengajar Ahmad dengan mudahnya setiap bacaan-bacaan dalam solat. Mudah memahami setiap pembelajaran di sekolah, aktif dan yang paling penting jarang2 sekali demam dan selsema. Apapun syukur pada Allah yang menjaga anak-anak saya.
Permata hati mama dan daddy..Syukur Ya Allah, atas kurniaan teristimewa ini. :-)
Dari segi selera makan juga makin bertambah baik, Ahmad sejak umur 6 bulan memang tidak berminat dengan bubur nasi, pelbagai cara dan menu dicuba tapi masih tidak berselera. Apabila masuk umur 1 tahun saya cuba campurkan meal shake dalam susu dan buburnya..alhamdulillah...selera makannya bertambah baik.
Sehingga kini Meal shake, omega guard dan Vitamin C chew menjadi suplement penting dan terbaik buat anak-anak. Selain mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan madu.
Vitamin Terbaik Teratak Niagaku
No comments :
Post a Comment