Assalamualaikum...

Shaklee Independent ID 884995 SMS / WhatsApp 0194511649.Saya merupakan Pengedar SAH Shaklee di kawasan Puncak Alam, Shah Alam 2, Meru, Saujana Utama.

http://www.facebook.com/pages/Vitamin-Terbaik-Teratak-Niagaku/303766139738790?sk=info

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Thursday, March 27, 2014

Atasi Gastrik dengan ESP Shaklee

GASTRIK / ANGIN PERUT

Ulser peptic ditakrif sebagai luka kecil yang terjadi di bahagian usus, selalunya di bahagian duodenum (dipanggil duodenal ulcer) ataupun perut (dipanggil gastric ulcer). Ulser ini selalunya benign (tidak menyebabkan berlakunya kanser). Bagaimanapun peratusan kecil ulser ini boleh menjadi malignant (akhirnya menyebabkan kanser).


Apakah yang menyebabkan terjadinya penyakit ini?
Penyakit ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser.
Bagaimanapun, pada tahun 1982, dua orang saintis Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter pylori (lebih biasa dikenali sebagai H. pylori) dengan ulser. Didapati sehingga 80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Bakteria ini boleh hidup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan sejenis enzim.



Apakah faktor yang mempengaruhi penyakit ini?

Antara faktor-faktor  yang perlu diperhatikan ialah:

bullet
pengambil ubat-ubat tahan sakit seperti aspirin, brufen dsb. Kumpulan ubat dari jenis NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drugs) ini boleh menyebabkan atau memburukkan lagi ulser yang dihidapi.
bullet
orang yang lebih tua, berusia 50 tahun ke atas. Ini mungkin kerana mereka lebih kerap mengambil ubat tahan sakit untuk penyakit arthritis (sakit sendi), atau sebab-sebab lain.
bullet
penyakit tertentu seperti Crohn's disease dan Zollinger-Ellison syndrome
bullet
hal-hal yang berkaitan dengan reflux. Kecederaan pada proses ini boleh menyebabkan asid bile masuk ke dalam perut dan menipiskan lapisannya. Pada orang tua pula, pylorus boleh merenggang, menyebabkan kejadian yang sama berlaku.
bullet
orang yang berdarah jenis A.
bullet
pengambilan kafein dan alkohol berlebihan.
bullet
perokok.
bullet
pemakanan yang tidak terurus.
bullet
stress (tekanan) secara tidak langsung boleh mempengaruhi penyakit ini.



Tanda-tanda penyakit gastrik:
  1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
  3. Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
  6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

Salah satu produk Shaklee yang terbaik untuk atasi masalah gastrik ini adalaha Energizing Soy Protien (ESP)


ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.





credit to : http://superbvitamin.blogspot.com/


* DISCLAIMER: 
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di Puncak Alam, Shah Alam 2, Sungai Buloh dan Shah AlamPenghantaran produk Shaklee menggunakan khidmat kurier ke seluruh Malaysia. Hubungi kami di naiey08[@]yahoo.com, atau SMS/WhatsApp ke 019-451 1649 (Naizatul). Jom LIKE FanPage Vitamin Terbaik Teratakniagaku untuk mengetahui Promosi Shaklee serta TIPS kesihatan terkini! 


Sihat Bervitamin

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Naizatul Hasma (Nai)

ID No. 884995
SMS/WhatsApp : 019-4511649
Email : naiey08@yahoo.com
Fanpage : Vitamin Terbaik Teratakniagaku

Kekal sihat bersama Shaklee Garlic Complex

~ Assalamu`alaikum w.b.t. ~
Salam sejahtera.

Tidak gemar bawang putih



Bawang putih, atau dalam bahasa inggeris dipanggil garlic, sejenis makanan yang kurang digemari oleh ramai orang.

Mungkin disebabkan oleh bau yang kurang enak yang dikeluarkan oleh orang yang memakannya, atau mungkin juga berpotensi mengakibatkan tubuh badan seseorang berbau kurang sedap.

Walau bagaimanapun, memakan bawang putih mempunyai banyak kelebihannya.

Khasiat bawang putih


Bawang putih dapat membantu untuk mengubati berbagai macam penyakit, antaranya:

  1. Mengubati diabetis. Bawang putih sangat bermanfaat untuk mengawal kadar gula dalam darah. Oleh itu, penghidap diabetis disarankan untuk memakan bawang putih.
  2. Melancarkan peredaran darah. Salah satu manfaat bawang putih adalah melancarkan peredaran darah dan membuka pembuluh darah yang tersumbat.
  3. Mengawal berat tubuh badan. Bawang putih memiliki kandungan unik yang dapat membantu menahan keinginan untuk makan. Di samping itu, bawang putih juga membantu meningkatkan metabolisma sehingga kalori dalam tubuh dibakar dengan aktif dan hasilnya berat badan dapat diturunkan.
  4. Membantu penyembuhan penyakit kulit. Bawang putih terbukti mempunyai khasiat anti radang, melawan jangkitan dan bakteria. Oleh itu, bawang putih terbukti berkesan mencegah dan mengubati panyakit pada kulit.
  5. Mengubati radang kerongkong. Kepada individu yang sedang demam dan mengalami rengsa kerongkong, mengunyah bawang putih membantu menyembuhkan radang kerongkong.
  6. Mengatasi keracunan. Bawang putih mengandungi anti-oksidan yang mampu untuk membantu menyingkirkan racun di dalam tubuh bada.
  7. Meredakan lenguh. Manfaat bawang putih yang lain mampu membantu melegakan lenguh pada otot dengan memicit dan menyapu bawang putih pada bahagian yang lenguh, termasuk kepada penderita arthritis.
  8. Menyembuhkan luka. Orang zaman dahulu sering menggunakan bawang putih sebagai ubat tradisional dalam menyembuhkan luka-luka, dengan cara menyapu bawang putih yang sudah dihancurkan ke atas luka dan dibalut.
  9. Menghilangkan jerawat. Bawang putih memiliki kandungan anti-oksidan yang tinggi yang mampu membunuh bakteria penyebab jerawat. Caranya, sapukan bawang putih ke bahagian terkena jerawat secara perlahan-lahan dengan kerap. In syaa Allah jerawat akan beransur-ansur hilang.
  10. Menyuburkan rambut. Kandungan bahan aktif pada bawang putih membantu mengatasi masalah rambut rapuh. Caranya, gosokkan bawang putih yang dilenyekkan ke kulit kepala sehingga rata.

Shaklee Garlic Complex


Setelah mengetahui kebaikan bawang putih, mari kita berkenal-kenal dengan produk bawang putih yang dikeluarkan oleh Shaklee, diberi nama Shaklee Garlic Complex.

Kandungan di dalam Shaklee Garlic Complex

Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.

Setiap tablet Shaklee Garlic Complex mengandungi 500mg bawang putih.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Selepas mengetahui bagaimana khasiat bawang putih bertindak sebagai ANTIBIOTIK SEMULAJADI badan kita, marilah kita sama-sama mengubah cara hidup ke arah yang lebih sihat, dengan mengamalkan pengambilan bawang putih untuk melawan serangan bakteria, terutama ketika diserang batuk mahupun selsema.

Bawang putih turut membantu membersihkan darah, dan menggalakkan peredaran darah yang baik. Semoga usaha kita yang kecil ini dapat membantu menaiktarafkan lagi kesihatan kita sekeluarga, tanpa perlu bergantung kepada ANTIBIOTIK yang diberikan oleh pihak klinik, mahupun hospital.

Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk makan atau mengunyah bawang putih yg asli, anda boleh mencuba suplemen bawang putih semulajadi dari Shaklee, iaitu Shaklee Garlic Complex, dengan Spearmint dan Rosemary, serta khasiat penuh Allisin!



*Sumber: http://www.genkimomma.net

Salam ukhuwah dari saya yang menulis.


~ Wassalamu`alaikum w.b.t. ~

* DISCLAIMER: 
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di Puncak Alam, Shah Alam 2, Sungai Buloh dan Shah AlamPenghantaran produk Shaklee menggunakan khidmat kurier ke seluruh Malaysia. Hubungi kami di naiey08[@]yahoo.com, atau SMS/WhatsApp ke 019-451 1649 (Naizatul). Jom LIKE FanPage Vitamin Terbaik Teratakniagaku untuk mengetahui Promosi Shaklee serta TIPS kesihatan terkini! 


Sihat Bervitamin
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Naizatul Hasma (Nai)

ID No. 884995
SMS/WhatsApp : 019-4511649
Email : naiey08@yahoo.com
Fanpage : Vitamin Terbaik Teratakniagaku

Wednesday, March 26, 2014

SHAKLEE FLAWLESS SET


SET FLAWLESS Shaklee 

Gabungan Collagen powder dan Vitamin c 500mg mmg terbaik..Rahsia kulit gebu dan lembut bak kulit bayi dengan Shaklee Flawless Set (Collagen Powder + Vitamin C)



Sustained Release Vita-C PlusTM 500 mg
Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

*Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


Collagen Powder
Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


Penyelesaian kepada MASALAH :-

☛ Kulit Kusam
☛ Payudara Kendur
☛ Jeragat
☛ Parut Jerawat
☛ Rambut Gugur
☛ Resdung

Kolagen berfungsi bagi mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit. Kulit yang kerap terdedah kepada pancaran matahari ditambah dengan pencemaran sekeliling menyebabkan kolagen di dalam sel kulit menyusut dengan lebih cepat sebelum ia mampu dibina semula. Akibatnya , kehilangan kolagen menjadikan kulit kendur berkedut, kuku mudah patah dan rambut nipis tidak bermaya.

SHAKLEE menawarkan Set Flawless Beauty yang lengkap dengan nutrisi penting untuk menyerlahkan kejelitaan anda.

Kebaikan :
ü Membantu menghasilkan kolagen yang diperlukan bagi memelihara kesihatan kulit, tendon, ligament dan salur darah.
ü Menggalakkan kulit menjadi lebih tegang , anjal dan lembut.
ü Menggalakkam rambut menjadi lebih kuat, lebat dan bersinar.
ü Membantu mengekalkan kesihatan tulang rawan, tulang dan gigi




* DISCLAIMER: 
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di Puncak Alam, Shah Alam 2, Sungai Buloh dan Shah AlamPenghantaran produk Shaklee menggunakan khidmat kurier ke seluruh Malaysia. Hubungi kami di naiey08[@]yahoo.com, atau SMS/WhatsApp ke 019-451 1649 (Naizatul). Jom LIKE FanPage Vitamin Terbaik Teratakniagaku untuk mengetahui Promosi Shaklee serta TIPS kesihatan terkini! 


Sihat Bervitamin

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Naizatul Hasma (Nai)

ID No. 884995
SMS/WhatsApp : 019-4511649
Email : naiey08@yahoo.com
Fanpage : Vitamin Terbaik Teratakniagaku

Berpantang sempurna dengan set Berpantang

SET BERSALIN - PAKEJ MILK BOOSTER / SET PANTANG


Kemanisan pengalaman melahirkan si comel



Setiap kelahiran anak akan memberikan satu pengalaman baru buat insan istimewa bernama ibu dan ayah.

Cabaran membesarkan anak bermula






Bermula saat tersebut, segala-galanya bakal merubah perjalanan hidup sesebuah keluarga iaitu daripada hidup berdua kepada hidup bertiga, daripada tidur dengan lena kepada tidur terganggu dek tangisan si comel, tubuh langsing anak dara kepada tubuh kembang bagai dipam-pam. Oppss... hehe, memang lumrah bagi seseorang yang bergelar isteri atau mak akan melalui fasa kenaikan berat badan, rahim kendur, sakit-sakit badan, kencing tak lawas, sakit semasa qadak hajat kerana najis keras, lesu, mudah marah, emosi tidak stabil, murung dan seribu satu cabaran lain yang perlu dihadapi dengan tabah oleh empunya diri, dan disokong dengan kuat oleh suami tersayang.


Tangani cabaran mental

Masalah dari segi mental yang dihadapi segelintir ibu baru bersalin antaranya adalah mudah marah, emosi tidak stabil, murung dan meroyan.
Cara untuk mengatasinya adalah:

· Memperbanyakkan berehat.
· Sentiasa berteman dan berkomunikasi dengan orang terdekat (suami, ibu dan ayah).
· berzikir mengingati Allah.
· berwuduk.
· mengulang baca ayat lazim yang dihafal contohnya al-Fatihah, al-Ikhlas, an-Nas, al-Falaq dan lain-lain lagi.

Tangani cabaran fizikal

Cabaran fizikal yang sering dihadapi oleh kebanyakan ibu yang berpantang adalah berat tubuh badan lambat berkurang, geleber, rahim kendur atau jatuh, sakit-sakit badan, badan masuk angin, kencing tak lawas, sakit semasa qadak hajat kerana najis keras dan tubuh menjadi lesu.

Tips menangani cabaran fizikal semasa berpantang:

·         berurut
·         bertungku
·         mandi herba

Suplemen pemberi tenaga

Selain mengambil berat tentang aspek mental dan fizikal semasa berpantang, ibu-ibu juga amatlah disarankan untuk memakan suplemen yang tepat agar kesihatan dalaman dan luaran in syaa Allah akan terpelihara semasa dan sesudah berpantang, dan paling penting sekali semasa di hari tua nanti.
Gagal menjaga keperluan pengambilan suplemen semasa berpantang bakal mengundang kepada kemerosotan kesihatan tubuh badan. Akhirnya, aktiviti harian akan terganggu, hubungan intim suami-isteri terjejas, hubungan ibu-anak kurang mesra dan yang paling penting sekali kesihatan akan merosot dan dirasakan tidak sesihat semasa sebelum mengandung.
Akhirnya, seseorang ibu itu akan berasa serik untuk mengandung buat kali seterusnya kerana khuatir akan akibat yang bakal ditempuhinya.
Usah risau, Shaklee ada penyelesaiannya!
Jom cuba Set Berpantang Shaklee:


·  Vita-Lea Iron Formula - multivitamin dan multimineral lengkap dengan zat besi. Penting buat ibu-ibu yang banyak kehilangan darah ketika proses melahirkan bayi!

·   Sustained Release Vita-C Plus (500mg) - sumber vitamin C untuk bantu penyerapan optimum zat besi, sumber kolagen dan antibodi bagi ibu.

·   B-Complex - 8 kumpulan B yang lengkap dengan Asid Folik, beri tenaga dan penenang saraf.

·  OsteMatrix - sumber kalsium-magnesium dan vitamin D yang lengkap buat ibu menyusu, mengurangkan rasa sakit badan, sakit pinggang, serta melawaskan penghadaman.

·  Energizing Soy Protein - sumber protein yang penting untuk baik pulih sel yang rosak ketika proses melahirkan, memberi tenaga berpanjangan, serta menggalakkan penghasilan susu (milk booster).

·  Zinc Complex - untuk baik pulih luka dalaman dan luaran (ikan haruan dipercayai mempunyai kandungan Zink yang tinggi), mengurangkan masalah keguguran rambut serta menstabilkan hormon.


Inginkan set Berpantang Shaklee?


Bagi ibu-ibu yang sedang menanti kelahiran bayi, bolehlah membuat persiapan dengan membeli awal-awal set Berpantang Shaklee agar tidak kalut di saat-saat akhir hendak bersalin.



Apa yang bestnya? Ibu cergas, badan sihat, luka bersalin cepat baik, susu bertambah, Alhamdulillah..bila ibu cergas, sihat maka susu akan bertambah...Jangan risau takut panas sbb ini bukan jamu...

Apa ada dalam Set Berpantang Terbaik ni?

[✔] ESP [membantu menyembuhkan luka dengan cepat, dan bertindak sebagai milk booster!]

[✔]Vitalea [membantu ibu lepas bersalin yang kehilangan banyak darah]
[✔] B Complex [agen penenang semasa ibu dalam tempoh berpantang]
[✔] Vitamin C [membantu ibu meningkatkan imunisasi dan membantu menyembuhkan luka lebih cepat]
[✔] Zinc Complex [mengeringkan luka bersalin ataupun luka pembedahan dengan cepat]
[✔] Ostematrix (Calcium) [Penting untuk mengelakkan sembelit semasa dalam tempoh berpantang]



BONUS UNTUK ANDA JIKA MENGAMBIL SET INI!

❥ KEKAL BERTENAGA SEPANJANG HARI.
❥ LUKA BERSALIN/PEMBEDAHAN CEPAT SEMBUH.
❥ PROSES MEMBUANG AIR BESAR MENJADI MUDAH TANPA SEMBELIT.
❥ BANGUN TIDUR DGN SEGAR & CERGAS WALAUPUN BERJAGA MALAM MENJAGA BAYI.
❥ WAJAH KEKAL BERSERI DAN TIDAK PUCAT.
❥ SUSU SEMAKIN BANYAK DAN PEKAT.
❥ MOOD KEMBALI CERIA SEPANJANG BERPANTANG.
❥ DAN TANPA PENGAMBILAN JAMU YG MEMBERI KESAN KEPADA PENYUSUAN BAYI ANDA.






Apa Kata mereka yang telah mencubanya :








* DISCLAIMER: 
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di Puncak Alam, Shah Alam 2, Sungai Buloh dan Shah AlamPenghantaran produk Shaklee menggunakan khidmat kurier ke seluruh Malaysia. Hubungi kami di naiey08[@]yahoo.com, atau SMS/WhatsApp ke 019-451 1649 (Naizatul). Jom LIKE FanPage Vitamin Terbaik Teratakniagaku untuk mengetahui Promosi Shaklee serta TIPS kesihatan terkini! 


Sihat Bervitamin

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Naizatul Hasma (Nai)

ID No. 884995
SMS/WhatsApp : 019-4511649
Email : naiey08@yahoo.com
Fanpage : Vitamin Terbaik Teratakniagaku