Kemanisan pengalaman
melahirkan si comel
Setiap kelahiran anak akan
memberikan satu pengalaman baru buat insan istimewa bernama ibu dan ayah.
Cabaran membesarkan anak bermula
Bermula saat tersebut,
segala-galanya bakal merubah perjalanan hidup sesebuah keluarga iaitu daripada
hidup berdua kepada hidup bertiga, daripada tidur dengan lena kepada tidur
terganggu dek tangisan si comel, tubuh langsing anak dara kepada tubuh kembang
bagai dipam-pam. Oppss... hehe, memang lumrah bagi seseorang yang bergelar
isteri atau mak akan melalui fasa kenaikan berat badan, rahim kendur,
sakit-sakit badan, kencing tak lawas, sakit semasa qadak hajat kerana najis
keras, lesu, mudah marah, emosi tidak stabil, murung dan seribu satu cabaran
lain yang perlu dihadapi dengan tabah oleh empunya diri, dan disokong dengan
kuat oleh suami tersayang.
Tangani cabaran mental
Masalah dari segi mental yang
dihadapi segelintir ibu baru bersalin antaranya adalah mudah marah, emosi tidak
stabil, murung dan meroyan.
Cara untuk mengatasinya adalah:
· Memperbanyakkan berehat.
· Sentiasa berteman dan berkomunikasi dengan orang
terdekat (suami, ibu dan ayah).
· berzikir mengingati Allah.
· berwuduk.
· mengulang baca ayat lazim yang dihafal contohnya
al-Fatihah, al-Ikhlas, an-Nas, al-Falaq dan lain-lain lagi.
Tangani
cabaran fizikal
Cabaran fizikal
yang sering dihadapi oleh kebanyakan ibu yang berpantang adalah berat tubuh
badan lambat berkurang, geleber, rahim kendur atau jatuh, sakit-sakit badan,
badan masuk angin, kencing tak lawas, sakit semasa qadak hajat kerana najis
keras dan tubuh menjadi lesu.
Tips menangani
cabaran fizikal semasa berpantang:
·
berurut
·
bertungku
·
mandi herba
Suplemen
pemberi tenaga
Selain
mengambil berat tentang aspek mental dan fizikal semasa berpantang, ibu-ibu
juga amatlah disarankan untuk memakan suplemen yang tepat agar kesihatan
dalaman dan luaran in syaa Allah akan terpelihara semasa dan sesudah
berpantang, dan paling penting sekali semasa di hari tua nanti.
Gagal menjaga
keperluan pengambilan suplemen semasa berpantang bakal mengundang kepada
kemerosotan kesihatan tubuh badan. Akhirnya, aktiviti harian akan terganggu,
hubungan intim suami-isteri terjejas, hubungan ibu-anak kurang mesra dan yang
paling penting sekali kesihatan akan merosot dan dirasakan tidak sesihat semasa
sebelum mengandung.
Akhirnya,
seseorang ibu itu akan berasa serik untuk mengandung buat kali seterusnya
kerana khuatir akan akibat yang bakal ditempuhinya.
Usah risau,
Shaklee ada penyelesaiannya!
Jom cuba Set
Berpantang Shaklee:
· Vita-Lea Iron Formula - multivitamin dan
multimineral lengkap dengan zat besi. Penting buat ibu-ibu yang banyak
kehilangan darah ketika proses melahirkan bayi!
· Sustained Release Vita-C Plus (500mg) - sumber
vitamin C untuk bantu penyerapan optimum zat besi, sumber kolagen dan antibodi
bagi ibu.
· B-Complex - 8 kumpulan B yang lengkap dengan
Asid Folik, beri tenaga dan penenang saraf.
· OsteMatrix - sumber kalsium-magnesium dan
vitamin D yang lengkap buat ibu menyusu, mengurangkan rasa sakit badan, sakit
pinggang, serta melawaskan penghadaman.
· Energizing Soy Protein - sumber protein yang
penting untuk baik pulih sel yang rosak ketika proses melahirkan, memberi
tenaga berpanjangan, serta menggalakkan penghasilan susu (milk booster).
· Zinc Complex - untuk baik pulih luka dalaman dan
luaran (ikan haruan dipercayai mempunyai kandungan Zink yang tinggi),
mengurangkan masalah keguguran rambut serta menstabilkan hormon.
Inginkan set
Berpantang Shaklee?
Bagi ibu-ibu
yang sedang menanti kelahiran bayi, bolehlah membuat persiapan dengan membeli
awal-awal set Berpantang Shaklee agar tidak kalut di saat-saat akhir hendak
bersalin.
No comments :
Post a Comment