Assalamualaikum...

Shaklee Independent ID 884995 SMS / WhatsApp 0194511649.Saya merupakan Pengedar SAH Shaklee di kawasan Puncak Alam, Shah Alam 2, Meru, Saujana Utama.

http://www.facebook.com/pages/Vitamin-Terbaik-Teratak-Niagaku/303766139738790?sk=info

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Monday, April 21, 2014

Dua Amalan Sunnah Selepas Solat Subuh dan Maghrib


Pertama : Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk tahiyyat akhir dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan :

ﻟَﺎ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻭَﺣْﺪَﻩُ ﻟَﺎ ﺷَﺮِﻳﻚَ ﻟَﻪُ , ﻟَﻪُ ﺍﻟْﻤُﻠْﻚُ ﻭَﻟَﻪُ ﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ , ﻲﻴﺤﻳ ,ﺖﻴﻤﻳﻭ ﻭَﻫُﻮَ ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﺷَﻲْﺀٍ ﻗَﺪِﻳﺮٌ

Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
Kedua : Membaca sebanyak tujuh kali, sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan :

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺃَﺟِﺮْﻧﻲ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻨَّﺎﺭ

“ Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka.”
Boleh juga membaca :

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺃَﺟِﺮْﻧَﺎ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻨَّﺎﺭ

“Ya Allah, peliharalah kami daripada api neraka.”
Apakah fadilat amalan yang pertama?

Hadis daripada Abu Zar berkata, Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda,

"Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah. ” (Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa
at-Tarhib: 1/306)
Imam an-Nasa’I menambah, “Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba.” Imam at-Tabrani menambah, “ Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan  seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000.”

Apa pula fadilat amalan yang kedua? 

Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata ; Nabi S.A.W bersabda,

“Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “ Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata:
“Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)
Sumber: http://luvislam92.blogspot.com

Jom makan SHAKLEE untuk sihat!


Ingin dapatkan produk Shaklee?
Hubungi Naizatul, sms / whatsapp / viber : 019 4511 649.


* DISCLAIMER: 
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di Puncak Alam, Shah Alam 2, Sungai Buloh dan Shah AlamPenghantaran produk Shaklee menggunakan khidmat kurier ke seluruh Malaysia. Hubungi kami di naiey08[@]yahoo.com, atau SMS/WhatsApp ke 019-451 1649 (Naizatul). Jom LIKE FanPage Vitamin Terbaik Teratakniagaku untuk mengetahui Promosi Shaklee serta TIPS kesihatan terkini! 


Sihat Bervitamin
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Naizatul Hasma (Nai)

ID No. 884995
 SMS/WhatsApp : 019-4511649
 Email : naiey08@yahoo.com
 Fanpage : Vitamin Terbaik Teratakniagaku