Assalamualaikum...

Shaklee Independent ID 884995 SMS / WhatsApp 0194511649.Saya merupakan Pengedar SAH Shaklee di kawasan Puncak Alam, Shah Alam 2, Meru, Saujana Utama.

http://www.facebook.com/pages/Vitamin-Terbaik-Teratak-Niagaku/303766139738790?sk=info

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Monday, April 21, 2014

Mendiagnosis diabetes dan mempelajari tentang prediabetes

Ada banyak cara untuk mendiagnos diabetes.
Setiap cara kebiasaannya perlu diulangi pada hari kedua bagi mendiagnos diabetes.

Pengujian perlu dijalankan di dalam suasana penjagaan kesihatan (seperti di pejabat doktor anda atau makmal). Sekiranya doktor anda menemui glukosa di dalam tubuh anda di paras yang amat tinggi, atau anda mempunyai simptom-simptom klasik glukosa darah yang tinggi sebagai tambahan kepada suatu ujian yang positif, doktor anda mungkin tidak memerlukan ujian kedua untuk mendiagnos diabetes.

A1C

Ujian A1C mengukur purata glukosa darah anda untuk 2 hingga 3 bulan yang lalu. Kelebihan-kelebihan didiagnos dengan cara ini ialah anda tidak perlu berpuasa atau minum sesuatu.

Diabetes didiagnos pada A1C lebih atau sama dengan 6.5%

Keputusan A1C                            
Normal 5.7%
Prediabetes 5.7% hingga 6.4%
Diabetes 6.5% atau lebih tinggi

Glukosa Plasma Semasa Berpuasa, Fasting Plasma Glucose (FPG)

Ujian ini memeriksa paras glukosa darah anda semasa berpuasa. Berpuasa bermaksud selepas tidak makan atau minum (kecuali air) selama tidak kurang daripada 8 jam sebelum ujian. Ujian ini biasanya dilakukan di awal pagi, sebelum sarapan diambil.

Diabetes didiagnos pada glukosa darah semasa berpuasa pada lebih daripada atau sama dengan 126 mg/dl.

Keputusan Glukosa Plasma Semasa Berpuasa (FPG)
Normal 100 mg/dl
Prediabetes 100 mg/dl hingga 125 mg/dl
Diabetes 126 mg/dl atau lebih tinggi

Ujian Toleransi Glukosa Mulut, Oral Glucose Tolerance Test (OGTT)

OGTT adalah ujian selama 2 jam yang memeriksa paras glukosa darah sebelum dan 2 jam selepas anda minum minuman khas yang manis. OGTT memberitahu doktor tentang bagaimana tubuh anda memproses glukosa.

Diabetes didiagnos pada glukosa darah 2 jam bagi bacaan lebih daripada atau sama dengan 200 mg/dl.

Keputusan Ujian Toleransi Glukosa Mulut (OGTT)
Normal 140 mg/dl
Prediabetes 140 mg/dl hingga 199 mg/dl
Diabetes 200 mg/dl atau lebih tinggi

Ujian Glukosa Plasma Rawak (juga dipanggil kasual)

Ujian ini ialah pemeriksaan darah pada bila-bila masa apabila anda mempunyai simptom-simptom diabetes yang teruk.

Diabetes didiagnos pada glukosa darah yang lebih daripada atau sama dengan 200 mg/dl.

Apakah prediabetes?

Sebelum seseorang itu menghidap  diabetes tahap 2, mereka hampir selalu mempunyai “prediabetes” – tahap glukosa darah yang lebih tinggi daripada normal tetapi tidak cukup tinggi untuk didiagnos sebagai diabetes.

Doktor kadangkala merujuk prediabetes sebagai toleransi glukosa terjejas, Impaired Glucose Tolerance (IGT) atau glukosa semasa berpuasa terjejas, impaired fasting glucose (IFG), bergantung kepada jenis ujian yang digunakan semasa ianya dikesan. Keadaan ini meletakkan anda di dalam risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes tahap 2 dan penyakit kardiovaskular.

Tiada simptom-simptom yang jelas

Tidak ada simptom-simptom yang jelas bagi prediabetes, oleh itu, anda mungkin menghidapinya tanpa anda ketahui.

Sesetengah orang yang menghidapi prediabetes mungkin mempunyai beberapa simptom-simptom bagi diabetes atau sudah mempunyai masalah-masalah daripada diabetes. Anda kebiasaannya mengetahui yang anda menghidapi prediabetes apabila diuji untuk diabetes.

Sekiranya anda menghidapi prediabetes, anda patut diperiksa untuk diabetes jenis 2 bagi kekerapan setiap 1 hingga 2 tahun.

Keputusan menunjukkan prediabetes adalah:

Ujian A1C Bacaan di antara 5.7% hingga 6.4%
Glukosa darah semasa berpuasa Bacaan di antara 100 hingga 125 mg/dl
Ujian OGTT glukosa darah 2 jam Bacaan di antara 140 mg/dl hingga 199 mg/dl

Mencegahi diabetes jenis 2

Anda tidak akan menghidap diabetes jenis 2 secara automatik jika anda mempunyai prediabetes. Bagi sesetengah orang yang menghidap prediabetes, rawatan awal sebenarnya boleh mengembalikan paras glukosa kepada julat normal.

Kajian menunjukkan bahawa anda boleh menurunkan risiko diabetes jenis 2 anda kepada 58% dengan:

Mengurangkan berat badan anda sebanyak 7% (atau 15 paun sekiranya anda seberat 200 paun).
Bersenam secara sederhana (seperti berjalan pantas) 30 minit sehari, lima hari seminggu

Usah bimbang sekiranya anda tidak boleh memperoleh berat badan ideal anda. Mengurangkan walau 10 hingga 15 paun boleh membuat perubahan yang besar.

Sumber: http://www.medicinenet.com/

Penyelesaian Gaya Shaklee

VIVIX adalah Tonik Ajaib Shaklee.




Dalam Vivix ada ramuan yang di panggil resveratrol iaitu daripada buah anggur muscadine, serta Knotweed Jepun. (selain ramuan asas purple carrot dan elderberry)

Apa itu resveratrol?

Resveratrol ialah satu jenis phenol semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah serta Knotweed Jepun.

Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel! Waah!!

Apa kaitannya dengan diabetes?

Ada dua cara resveratrol membantu pesakit diabetes:

1. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin.
Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes.

Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan keluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula darah.

2. Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita.
Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah di aktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan tahap sensitivitinya.

Kenapa VIVIX adalah Tonik Ajaib Shaklee?

Vivix Shaklee merupakan suplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh saintis Shaklee.

Dalam ujian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisme penting penuaan pada tahap sel.

Ramuan utamanya ialah anggur muscadine iaitu anggur paling hebat dengan 20 kromosom (anggur biasa ada 19 kromosom), purple carrot, elder berry dan knotweed Jepun yang memang telah diketahui mempunyai nilai tinggi dalam kesihatan manusia.

Selain itu, Vivix Shaklee bertindak dengan 4 mekanisme penuaan tahap sel dengan:

❤ melindungi dan memperbaiki kerosakan sel peringkat DNA!
❤ mengaktifkan kawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan
❤ menggalakkan pembentukan biogenesis mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel
❤ ramuan Vivix sendiri adalah 10kali lebih kuat dari resveratrol untuk melambatkan pembentukan protein AGE (advanced glycation ends products)

Sumber: http://ummierna.blogspot.com/


Jom makan SHAKLEE untuk sihat!


Ingin dapatkan Shaklee Vivix?
Hubungi Naizatul, sms / whatsapp / viber : 019 4511 649.


* DISCLAIMER: 
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di Puncak Alam, Shah Alam 2, Sungai Buloh dan Shah AlamPenghantaran produk Shaklee menggunakan khidmat kurier ke seluruh Malaysia. Hubungi kami di naiey08[@]yahoo.com, atau SMS/WhatsApp ke 019-451 1649 (Naizatul). Jom LIKE FanPage Vitamin Terbaik Teratakniagaku untuk mengetahui Promosi Shaklee serta TIPS kesihatan terkini! 


Sihat Bervitamin
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Naizatul Hasma (Nai)

ID No. 884995
 SMS/WhatsApp : 019-4511649
 Email : naiey08@yahoo.com
 Fanpage : Vitamin Terbaik Teratakniagaku

No comments :

Post a Comment